About Me

My photo
Sesungguhnya kejadian dariNYA baik2 belaka. Amin.

Thursday, July 9, 2015

BeRTeMu KeMBaLi

Assalamualaikum...

Setelah lama menyepi rasa gatal tangan ini makin menjadi-jadi. Agak-agaknya apa yang nk jadi?
Apa lagi. Sambung tulis blog yg dh lama dipinggiri... Hehe, apa lagi...

Perkara pertama yang nak dkaborkan ialah ambe dh berkahwin dan mempunyi anak perempuan ;-D
Setelah tiga tahun menyepi dr berbloging. v('.')v

Ini gambar yg myHubby @ myLOVE edit.. Dh nak masuk 3 tahun kami kawin. Banyak kenangan yang dilalui. Ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Dugaan sentiasa ada untuk kami lalui dan sesungguhnya ambe tahu ini dariNYA untuk menguji ambe hambaNYA.. p(^.^)v

Perkara kedua adalah berkaitan situasi ku sekarang.
Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai seorang puteri ambe tetap meneruskan kerjaya yang ambe banggakan :-)

Walaupun ianya sudah agak berbeza dr tahun pertama ambe memulakan kerjaya ini.Sesungguhnya ia amat membantu ambe dalam mencapai beberapa impian hidup ambe. Alhamdulillah.. Semoga ambe dapat meneruskan kerjaya yang ambe bangggakan ini. Amin

Wednesday, July 8, 2015

KeSaBaRaN..!!!

RAMADHAN.
Bulan yang dinanti-natikan oleh semua umat Islam. Dan bersempena bulan yang mulia ini ambe pohon dariNYA kuatkanlah diri ambe dengan Keimanan, Keredhaan, Kesyukuran dan Keikhlasan. Sesunggungnya ia membuatkan ambe sentiasa berfikir betapa bertuahnya ambe walaupun sentiasa dilanda masalah yang tidak putus-putus sepanjang tahun ini. Berfikiran positif merupakan salah satu moto ambe. Insha allah apa2 yang berlaku atau terjadi sentiasa ada alkisah dan penyelesaiannya..

Setelah tiga minggu berpuasa bulan Syawal pula bakal menjelma. So minggu depan balik Pekan untuk sambut /meraikan hari yang dinanti-nantikan semua iaitu Hari Raya Puasa @ Hari Raya Aidilfitri. Persiapan raya tahun ini tidak pasti lagi. Apa pun belum buat kecuali jubah sepasang yang sama dengan Nur Fitriyah. Yup Nur Fitriyah Binti Ahmad Firdaus adalah nama putri kesayangan ambe (^x^)v

Selalunya untuk sambut hari raya ambe sempat juga buat biskut satu dua jenis tapi tahun ni macam tak buat kot. Masa dan status kewangan tak berapa nak mengizinkan. So ambe kena berjimat sikit. Buat apa yang perlu je.. Perancangan masa hadapan kena pk dan bertindak dengan kadar yang segera. Jangan tunggu dan lihat sahaja, tup2 terlepas ambe jg yg susuh nanti.

Apa yang nak dikongsikan sebenarnya banyak sangat tapi tak pandai nak olah macam mana. Apa2pn ambe nak tahun ni ambe dapat lalui/habiskan dengan jayanya dan tahap kesabaran ambe sentiasa tip top. Insha allah.. Semoga kita semua sama2 berjaya dalam melalui kehidupan sebagai rakyat Malaysia di negara Malaysia yang agak mencabar kebelakangan ini. Amin